nuffnang ads

Isnin, Mei 30, 2011

10 impian yang belum dikecapi lagi

memandang kan saya ni pun manusia biasa dan bukan alien yang datang dari mana-mana planet, so saya pun ad la beberapa impian yang belum lagi terlaksana. haaaaa. impian saya ni macam-macam tau. sebab bumi ni selalu berputar, berpusing  usia pula makin lanjut takut jugak la impian tak kesampaian. huhuhhuu. 

10 IMPIAN YANG BELUM DIKECAPI:

1. saya nak pergi vacation with my friends. tapi bukan lam negara but luar negara. kalau dapat pergi paris ker itali ker japan ker. wahhhh besnyer. yerla. nanti kalau dah kawen dapat ker jengjalan ngan member macam tu? mana nak jaga laki lagi anak lagi. kan??? tak gitu?


2. saya nak bawak helikopter ker jet ker....wahhh alangakah gembiranya kalau dapat bawak benda alah tu.
hahahahah (berangan kan ko ichaa..) padahal lesen kereta pon tak dapat lagi ni nak bawak nyer benda terbang tu. kwang3

3. then impian saya yang seterusnya saya nak kawin. hahahahha. semua wanita kat dunia pun nak kawin kan. saper yang tak nak kawin. huhuhu tapi saya mengimpikan seorang suami yang beriman penyayang jujur ikhlas dan bertanggungjawab. wahhhhh tinggi harapan. harap-harap saya dipertemukan jodoh dengan seorang suami yang solehah. hik3 (tiba-tiba blushing muka ni)

4. next saya nak ada kereta yang berjenama like ferrari. makesure warna merah. tak pun warna putih.. wahhhh meletop mak. hahhaha

5. next kalau boleh saya nak hantar my family pergi mekah menunaikan haji. nak pergi buat haji ngna my family sama-sama. insyaallah...

6. saya nak bukak perniagaan sendiri. nak jadi usahawan yang berjaya. nak tolong family. nak hidup sebagai insan yang berjaya.

7. nak memake surekan lam akaun saya ada 15k sebelum saya kawen. hahahahha

8. nak rasa semua extreme sport. macam menarik kan?

9. nak ada rumah sendiri.. tanah sendiri.. bangunan sendri. negeri sendiri.... hahahah melampau!

10. nak jadi seorang yang pandai masak semua jenis lauk like my mom. tabik spring la kat my mom sebab tau semua jenis lauk. cakap jer nak makan apa mesti dia buatkan kat my family ni seronokkan. so nka la jadi macam my mom.

thats all my list. wahhhh susah ker nak kecapi benda alah tuh? hahahaha

macam orang kata dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
 so good luck for me

punca dan tanda-tanda kanser payudara

KETULAN pada payu dara memang kerap berlaku. Setiap wanita yang mempunyai ketulan dalam payu daranya tidak sepatutnya membiarkannya tanpa mendapat nasihat, pemeriksaan dan ujian daripada doktor. Langkah ini penting kerana ketulan itu mungkin barah, walaupun kebanyakan ketulan dalam payu dara bukan daripada jenis barah. Kadar barah payu dara di negara barat seperti Amerika Syarikat adalah satu dalam 10 orang wanita. Di Malaysia kadar barah payu dara juga meningkat mencapai kadar negara maju.

Tanda-tanda barah payu dara adalah seperti berikut:

1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.

4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat. Jika terdapat perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat barah payu dara?

1. Wanita mempunyai risiko 100 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki. Risiko ini menjadi lebih tinggi pada era sebelum putus haid. Orang lelaki juga boleh mendapat penyakit barah payu dara.

2. Sejarah keluarga - Risiko barah payu dara bagi seseorang wanita berganda dua tiga kali jika terdapat sejarah penyakit payu dara pada keluarga terdekat (first degree

relatives) seperti ibu, kakak, adik atau emak saudara.

3. Sejarah barah - apabila seseorang wanita telah menghidap barah payu dara, risiko untuknya berulang lagi meninggi empat kali ganda. Ada kajian yang menyatakan bahawa ketulan atau penyakit payu dara yang bukan daripada jenis barah juga boleh meninggikan risiko untuk barah payu dara.

Kajian juga menunjukkan bahawa risiko untuk barah payu dara juga meninggi jika terdapat sejarah barah ovari, melanomas (barah kulit), usus dan rahim.

4. Sejarah haid dan pembiakan - wanita yang mempunyai masa yang lama dalam era reproduktif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah payu dara. Ini bermakna wanita itu didatangi haid yang pertama pada umur yang agak awal (9 tahun) dan mencapai alam putus haid pada umur yang agak lewat (55 tahun ke atas). Melahirkan anak merendahkan risiko barah ini terutamanya jika kelahiran anak yang pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun.

5. Pemakanan-pengambilan lemak secara berlebihan meninggikan risiko barah ini. Oleh itu wanita digalakkan untuk mengambil banyak sayur-sayuran dan mengurangkan kadar pengambilan lemak dalam makanan.

6. Pengambilan hormon - kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang sudah putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT- hormone replacement therapy) didapati mempunyai risiko barah payu dara yang lebih tinggi. Risiko ini meninggi hanya setelah lima tahun penggunaan hormon secara berterusan.

7. Obesiti - wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah ini.

Berat badan unggul seseorang bergantung kepada ketinggian dan juga rangka badannya. Untuk mengetahui berat badan unggul, seseorang perlulah mengetahui Body mass index (BMI)nya. Formula untuk mengira BMI adalah seperti berikut:

Berat badan (kg) bahagi dengan tinggi (metres) kuasa dua. Julat BMI yang normal untuk wanita ialah 20-24. Sebelum puan mengambil langkah-langkah untuk menguruskan berat badan, puan perlu mengira BMI puan. Jika BMI berada dalam lingkungan yang normal, puan tidak perlu mengurangi berat puan.

Langkah untuk menguruskan badan memerlukan nasihat doktor supaya langkah yang diambil tidak membahayakan kesihatan tubuh badan secara am. Cara yang paling baik untuk mengurangkan berat badan ialah memastikan tenaga yang diperoleh melalui makanan adalah seimbang dengan penggunaannya.

Jika terdapat berlebihan input, penggunaan tenaga perlulah ditingkatkan seperti senaman untuk membakar lemak lebihan atau pemakanan dikawal supaya tiada lebihan tenaga disimpan sebagai lemak.

rujukan:

Isnin, Mei 23, 2011

DEAR HAFFIZ: Thousand Followers Bloglist!




Tak mau membebel banyak2. sebab dah pagi dah pon. i pon da nak tidor tapi tak bleh tidor sebab terjumpa contest from HAFFIZ ni . hehehhe ni second contest yang i nak join. aser macam minat nak bercontest2 plak sekarang ni. kwang..kwang..kwang...

actually sajer jer mencuba nasib. harap2 dapat la menang. huhuhuhu

ok bagi kategori blog pilihan pulak ichaa pilih:
blog wanita pilihan

huhuhuhuh ala2 wanita gtu.

ok mari semak semua syarat dah dipenuhi or belum:

Buat post entry tajuk - Dear Haffiz : Thousand Followers Bloglist!
(dah)
Letak header blog Dear Haffiz di atas . Copy and paste sahaja.
(dah)
Tulis dan pilih kategori blog anda . Tiada syarat  tetap untuk setiap kategori 
(dah)
Follow danTinggalkan url post entry anda di ruang comment post ini. 
(dah)


ok its done!!!
time to sleep
good night

p/s: nak tau lebih lanjut sila klik SINI. anda pon bleh join.

10 wanita tercantik dunia

hari ni jom layan gambar 10 wanita tercantik dunia dan wanita yang sering diimpikan oleh setiap lelaki:

Keira Knightley 
     
AngelinaJolie

hilary duff

Cheryl Cole

Scarlet Johanson 

ElishaCuthbert  

Hayden Panettiere

JessicaAlba

 KeelyHazell

Megan Fox 
 
itu adalah senarai 10 wanita yang tercantik di dunia apabila disearch di internet
tapi bagi saya kecantikan seseorang wanita tu 
terletak pada budi bahasa tingkah laku dan percakapan itu sendiri
so semua wanita kat luar tu tak payah la nak mengejar kecantikan semata-mata.
cantik budi bahasa cantik perwatakan cantik la diri anda
bersyukur pada apa yang diberi oleh maha esa.
 
tak payah risau-risau k 
anda semua wanita yang cantik! 

aishiteru (menunggu)

lagu ni dah lama sebenarnya tapi tiba-tiba bila dengar lagu ni kat blog salah sorang blogger tu tiba-tiba rasa nak layan lagu ni malam ni. letak lam blog ni sebab nak kongsi ngan korang sekali. selamat mendengar.



Lirik lagu Zifhilia Aishiteru:

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

kembali ke *)

p/s: lagu ni ditujukan khas buat incik laling saya

semoga bahagia elia dan fahmi

actually selalu jugak follow kisah diorang dalam blog elia si jejariruncing ni,
korang tau sebab apa?
sebab diorang ni sweet sangat. and diorang tak der nyer nak sorok2 kisah diorang
semua diorang kongsi, bkan macam sesetengah orang tu konon-konon nak jaga populariti,, konon-konon takut tak diminati lagi...
rasanya tak patut kot semua tu berlaku.
kalau dah ada pape cerita je la. tak payah la nak sorok-sorok.
lama kelamaan pun orang akan tahu jugak kan?
berbeza ngan pasangan ni.
paper pon suka la tengok diorang.
kadang-kadang sampai tersengih sorang2.
macam kisah aku pulak. cewahh berangan kau yer.
hehehheh.

tapi paper pon nak ucap tahniah kat member satu kampus and satu fakulti cuma lain kelas je tu sebab da selamat ditunangkan dengan khairul fahmi che mat a.k.a dia punya incik apex ops sekarang da tukar incik tunang. heheheh

hope bahagia sampai ke akhir hayat... aminnnn
korang tengok diorang kat blog ni
sweet sgt tau. i like


p/s: lau kak ya baca entry ni halalkan gambar ni yer. saya donlod lam google. paper pon moga bahagia selalu.

Rabu, Mei 18, 2011

CONTEST FRIENDS FOREVER

HI UOLSSS
Hari ni mood i nak berentry-entry ni kurang sikit
sebab takder idea sebenarnya..
pastu sebab dah boring i pon jengjalan la cari blog2 yang menarik.

pastu i jumpa satu blog ni kepunyaan en. Shafmechy ni.
 pastu kebetulan pulak yang dia ni tengah anjurkan satu contest yang dinamakan

Korang pon boleh jugak kalau nak join contest ni. ajak member-member blogger yang lain sekali.
hadiah yang ditawarkan pon menarik sebab ianya ditaja oleh 
and kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut lagi tentang terma dan syarat-syarat contest ni silalah klik banner dibawah ataupun klik SINI


Dekat blog encik Shafmechy ni pon ada ditunjukkan contoh entry untuk contest ni. so korang tak payah nak susah-susah nak pikir. tengok jela contoh tu yer.

actually contest ni buat i teringat kat my BFF pula. disebabkan cuti semester dah bermula so jarang la kitaorang meluangkan masa bersama. biasa la musim cuti ni nak la pula menghabiskan masa dengan keluarga kan. heheh.

baiklah sekarang nak tunjuk gambar my BFF. untuk contest ni i nak pertaruhkan gambar ni.
jeng..jeng..jeng..
haaa.. tu baru music. heheheh. music mesti mau gempak kan.
mempersembahkan:


gambar ni diambil semasa dinner dekat tempat kami belajar sekarang. tema yang kitaorng buat sendiri blue colour. sebab tu semua colour biru.
haa mungkin korang tengok gambar ni biasa saja kan. tapi bagi kitaorg gambar ni la yang membuatkan kitaorang saling merindu. haaa
sebelah kiri tu nama dia SITI dan sebelah kanan tu nama dia  NUR ANIS. Dan yang kat tengah tu la saya. haaa semua manis-manis kan. cewahhh berangan kau yer ichaa. takper2 kitaorang ni semua otak gila-gila
gambar yang second tu time kitaorang menggila di petang hari sambil release tension sebab da nak dekat final exam.


apa yang buat i nak sayang sangat kat diorang ni sebab diorang ni satu kepala ngan i. actually semuanya ada watak masing-masing. yang si SITI ni, dia seorang yang baik hati. tapi dia punya suara mak ai bukan main kuat lagi. so kalau dia takder memang sunyi la kitaorang ni. sayang la kat ko SITI.

si ANIS  ni pula dia ni seorang yang agak pendiam, tapi kalau dia dah mula gelak memang susah la nak suruh dia berhenti.
diorang ni memang pelik, tapi sebab diorang pelik la i sayang diorang.
satu lagi. kiatorang dah kawan lama dah.
dari umur kitaorang 7 tahun dan sampai sekarang umur kitaorng dah cecah 20 tahun.
susah senang semua kitaorang pernah rasa sama-sama.
sebab semua tu la kitaorng boleh jadi serapat ni. semua masalah kitaorang akan kongsi bersama. 
dan i harap friendship ni takkan pernah berakhir sampai bila.
i nak diorang tahu betapa penting nya diorang dalam hidup i ni selepas ibubapa i.

LOVE U FRIENDS FOREVER AND EVER!!!

SAYA NAK TAG:

Untuk menghargai kawan-kawan mereka.

untuk hadiah pula ichaa suka dengan baju ni:


teringin sangat nak pakai baju ni.
harap-harap ichaa ad rezeki nak memiliki baju ni

k tak mau la tulis banyak-banyak. padahal dah banyak dah pon.
n gud luck pada saper yang nak join contest ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...