nuffnang ads

Jumaat, Ogos 26, 2011

resepi kek coklat

bila berada dirumah, hujan pula asyik turun jer.. tak dapat la aku pergi berderak bak kata orang klantan.

apa lagi yang mampu dibuat selain mengadap lappy kesayangan.

dahh tak der apa nak buat meh la nak berkongsi sedikit pengatahuan:

resepi kek coklat ni saya dapat melalui my aunt... saya belajar buat kek ni masa umur saya 17 dulu...
sekarang da tua. first time buat dulu agak kelakar sebab kek tu dah hancur

tapi alhamdulillah sekarang ni kalau buat kek tu dah tak jadi macam tu dah... hihihihiih 
sekarang ni saya pon da bleh wat niaga sikit-sikit kalau ada tempahan dari member-member

so di akhir ramadhan ni.. siapa yang nak buat kek coklat untuk santapan di pagi raya boleh la mencubanya..
jom chekidout::

BAHAN A:
1 Cawan serbuk koko
1 cawan air
1 cawan gula

BAHAN B
2 1/2 cawan gandum
6 biji telur

1 sudu teh esen vanilla
1 gelas gula
250 gm butter

cara-cara
campurkan semua bahan-bahan A dan cairkan adunan tersebut dengan cara double boil
setelah sebati dan kelihatan pekat, kemudian sejukkan adunan tersebut

kemudian pukul butter dengan gula sehingga kembang kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla. seterusnya masukkan tepung. kacau sehingga sebati. setelah itu masukkan bahan A. setelah adunan sebati. masukkan ke dalam bekas(loyang)

kemudian kukus adunan sehingga masak. (kebiasaannya 45 minit)

p/s: air kukusan hendaklah mendidih sebelum meletakkan adunan tersebut.

sementara nak tunggu sejuk kek tu boleh la buat topping dia plak.

TOPPING KEK COKLAT:

BAHAN-BAHAN:
1 cawan susu pekat
2 sudu sebuk koko (bergantung pada anda)
2 sudu mentega

cara-cara:

masukkan susu pekat dan serbuk koko dalam periuk pastu kacau rata. makesure kacau sebati dengan api yang perlahan. bila sebati masukkan mentega. kacau sehingga sebati. kasi sejuk dulu then boleh la tuangkan di atas kek

and lastly: 
tadaaaaaa

......
....
....
....

p/s: klau korang nak hias dengan badam ataupun chocolate rice,, itu terpulang pada korang

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...