nuffnang ads

Isnin, Julai 18, 2011

CERITA HAMKA

 KALAU ORANG BUAT BAIK DIBALAS BAIK, ITU BIASA
KALAU ORANG BUAT JAHAT DIBALAS JAHAT ITUPUN BIASA,
TAPI JIKA ORANG BUAT JAHAT TETAPI DIBALAS BAIK ITULAH LUAR BIASA

Saya mendapat pepatah ini setelah mendengar sebuah cerita dari salah seorang penceramah kem kepimpinan yang telah saya sertai. hari ni saya rasa nak berkongsi dengan riders semua apa yang telah diceritakan olehnya pada kami. setelah mendengar cerita ni terdetik dalam hati saya nak menjadi seorang yang begitu...

kita semua kenal tokoh ulama yang berasal dari indonesia ini yang bernama HAMKA atau nama penuh beliau Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. pada zaman beliau giat menjadi penceramah bebas di indonesia.. ramai yang suka mengikuti ceramah beliau, sehingga mencecah puluh-puluhan ribu menjadikan beliau seorang ulama yang hebat. 

disebabkan pengaruh beliau terlalu besar, dan dibimbangi oleh kerajaan indonesia pada masa itu tergugat, presiden indonesia mengarahkan supaya ulama HAMKA dipenjarakan. bukan setahun bukan dua tahun. tapi bertahun-tahun lamanya.  beliau dipenjara tanpa disoal siasat.

setelah bertahun- tahun dipenjara, pengaruh ulama Hamka semakin hari semakin berkurang. dan setelah itu presiden indonesia pada masa itu mengutuskan supaya membebaskan ulama Hamka. setelah ulama Hamka dibebaskan, beliau telah nekad  untuk memperjuangkan agama dengan ceramah seperti sediakala.

pada suatu hari ketika Ulama Hamka sedang berceramah di hadapan puluhan ribu rakyat indomesia, beliau terdengar jeritan salah seorang daripada mereka yang mengatakan presiden indonesia telah pun meninggal dunia.

Ulama Hamka yang mendengar tentang berita itu terus meminta maaf kepada semua pendengar ceramahnya itu, kerana terpaksa menghentikan ceramah itu serta-merta untuk menziarahi jenazah presiden indonesia tersebut.

setelah itu beliau turun dari pentas dah meredah lautan manusia. apabila sampai disana sekali lagi beliau meredah lautan manusia. apbila beliau sampai betul-betul dihadapan jenazah presiden indonesia tersebut, beliau mengangkat takbir dan menyembahyangkan jenazah tersebut.

setelah selesai menyembahyangkan jenazah tersebut dia melihat semua rakyat indonesia melihatnya dengan begitu aneh sekali, beberapa orang daripada mereka terduduk. dan salah seorang daripada mereka bertanya kepada Ulama Hamka. 'mengapakah kamu menyembahyangkan jenazah orang yang selama ini telah berbuat jahat kepadamu, orang yang telah  menyeksa mu wahai ulama Hamka? 

Ulama Hamka berkata orang yang berbuat baik dibalas baik itu biasa, orang yang berbuat jahat dibalas jahat itupun biasa tapi bila orang berbuat jahat tapi dibalas baik itulah luar biasa....

semua orang pada masa tu terdiam kerana terpegun oleh sikap BUDIMAN yang ada pada diri Ulama Hamka tersebut...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...