nuffnang ads

Selasa, November 08, 2011

5 orang paling gemuk dalam sejarah manusia

i know.. i know u all excited nak tau kan pasal saper dia orang paling gemuk dalam sejarah manusia ni kan?  saya  jumpa article pasal mende ni tadi pon agak terkejut. mana tak nye, tak terjangkau dek fikiran ada manusia yang beratnya mencapai hampir 1000 kg. 
wowwwwwww
tapi korang tau la kan kalau da terlampau obesiti ianya akan memudaratkan tubuh badan atau fizikal kita
ok la. straight to da point,

tempat ke lima jatuh pada




ROSALIE BRADFORD

Dia memang suka makan sejak kecil. Ketika berumur 14 tahun, beratnya mencapai 92kg.Ketika berumur 15 tahun, beratnya meningkat kepada 140 kg. Berat maksimum yang pernah dicapai adalah 544kg.Dia juga pernah ingin membunuh diri kerana terlalu tertekan dengan berat badannya.Meninggal pada umur 63 tahun.

tempat ke empat jatuh kepada:
WALTER HUDSON

Dilahirkan di Brooklyn, New York. Berat masimum dicapai adalah 544kg.  Dia pernah tersekat di pintu biliknya hinggakan pasukan penyelamat terpaksa memecahkan dinding biliknya.Pernah mengatakan "I just eat and enjoyed it!!!" Dia juga telah meninggal dunia pada umur 46 tahun.

tempat ke tiga jatuh kepada:


MANUEL URIBE

Terlantar di katil selama 9 tahun (2001-2009). Pernah berkahwin pada 26 oktober 2008. Pernah membidas orang yang menghinanya dengan mengatakan "I am proof you can find love in any circumstances. It’s all a question of faith. I have a wife and will form a new family and live a happy life”.Berat tertinggi yang pernah dicapai ialah 597kg.  Meninggal dunia pada umur 47 tahun.

tempat ke dua jatuh kepada:


JON BROWER MINNOCH

Gemuk sejak dari kecil. Ketika berumur 12 tahun, berat badannya mencecah 132 kg. Dia pernah dimasukkan ke hospital dan kehilangan 419 kg. Tetapi malangnya selapas keluar hospital, beratnya naik mendadak 2 kali ganda. Pernah berkahwin. Isterinya mempunyai berat normal dan mempunyai 2 orang anak. Berat tertinggi yang pernah dicapai ialah 635kg. Meninggal dunia pada umur 42 tahun.

juara jatuh kepada:


CAROL YAGER

Gemuk sejak dari kecil. Ketika berumur 12 tahun, berat badannya mencecah 132 kg. Dia pernah dimasukkan ke hospital dan kehilangan 419 kg. Tetapi malangnya selapas keluar hospital, beratnya naik mendadak 2 kali ganda. Pernah berkahwin. Isterinya mempunyai berat normal dan mempunyai 2 orang anak. Berat tertinggi yang pernah dicapai ialah 635kg. Meninggal dunia pada umur 42 tahun.

Pesanan buat  korang kat luar sana tu beringat la ketika makan. jangan sampai memudaratkan diri. nanti nak menyesal pom dah tak guna.

Isnin, November 07, 2011

PENDEK? PANJANG?

assalamulaikum
hari yang indah  ni bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih dipinjamkan nyawa untuk saya bernafas dan meneruskan hidup.
hahahahaha cik story ni bermadah pulak yer.
ok straigt to the point, mesti korang tertanya apa yang dikaitkan dengan pendek? apa pula panjang.

ok baiklah, sekarang bukan nak cerita pendek atau panjang yang dikaitkan dengn tinggi. tapi sebenarnya RAMBUT.

RAMBUT?????
rambut saper?

mak aiii saya yang tulis, mesti la rambut saya.
mencik tau. hahahha

saya da simpan rambut ni da hampir 3 tahun. panjangnya da capai paras pinggang dah pun.
sekarng ni rasa macam nak tukar style la pulak. nak potong pendek terus. tapi macam tak berani pulak.
aishhh.. nak ker tak nak yer.





ha ni rambut masa panjang sekarang ni.

macam mana pulak yer rupa saya masa rambut pendek
tak terjankau dek fikiran ni.

kalau potong macam ni pun ok ke tak?


ke nak potong lagi pendek?
tolong..tolong.. 
buntu sudah


mood:
hati berbunga meminta bantuan sambil pipi dah blushing

Sabtu, Ogos 27, 2011

ramadhan berlalu syawal menjelma

27 ramadhan dah kita berpuasa maknanya tinggal 3 hari lagi kita nak sambut bulan syawal

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN

Masa first2 puasa dulu rasa macam lambat sangan nak raya kan? haa tup tup berapa ari lagi dah nak sambut raya
bila da puasa sebulan ni, sedih pulak rasa nak tinggal bulan puasa ni kan? ye la, mana tak nya aktiviti yang selalu dibuat sebulan ni dah tak der lagi.
contohnya:
  1. solat tarawikh beramai-ramai
  2. jengjalan cari makanan kat bazaar (bajet rm10 setiap hari)
  3. tgk makanan yang banyak semasa berbuka
  4. makan colek bak kat ore klantan
haa yang paling sedihnya azam bulan puasa hamba ni tak tercapai. awal puasa dulu berazam nak turunkan berat sekurang-kurang nyer 3 kg sebelum habis bulan puasa. ni dah nak habis puasa makan tambah 3 k3 ada la..

aissssssssssshhh
yer la, bila tengok makanan yang banyak dan sedap di atas meja dengan selera yang lapar terus hilang azam di dalam diri (macam mana nak kurus kan kalau macam tu)
kwang..kwang..kwang...

ni sebelum puasa
ni gambar sekarang

penghujung cinta



berakhir sudah pencarian cintaku
jiwa ini tak lagi sepi, hati ini tlah ada yang miliki
tiba diriku di penghujung mencari cinta
diri ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
aku akan menikahimu, aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
tiba diriku di penghujung mencari cinta
hati ini tak lagi sepi, kini aku tak sendiri
aku akan menyayangimu, ku kan setia kepadamu (kepadamu)
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
wooo aku akan menikahimu, oh aku akan menjagamu
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
nananana nananana nananana nananana
ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
seumur hidupmu [4x]

Jumaat, Ogos 26, 2011

resepi kek coklat

bila berada dirumah, hujan pula asyik turun jer.. tak dapat la aku pergi berderak bak kata orang klantan.

apa lagi yang mampu dibuat selain mengadap lappy kesayangan.

dahh tak der apa nak buat meh la nak berkongsi sedikit pengatahuan:

resepi kek coklat ni saya dapat melalui my aunt... saya belajar buat kek ni masa umur saya 17 dulu...
sekarang da tua. first time buat dulu agak kelakar sebab kek tu dah hancur

tapi alhamdulillah sekarang ni kalau buat kek tu dah tak jadi macam tu dah... hihihihiih 
sekarang ni saya pon da bleh wat niaga sikit-sikit kalau ada tempahan dari member-member

so di akhir ramadhan ni.. siapa yang nak buat kek coklat untuk santapan di pagi raya boleh la mencubanya..
jom chekidout::

BAHAN A:
1 Cawan serbuk koko
1 cawan air
1 cawan gula

BAHAN B
2 1/2 cawan gandum
6 biji telur

1 sudu teh esen vanilla
1 gelas gula
250 gm butter

cara-cara
campurkan semua bahan-bahan A dan cairkan adunan tersebut dengan cara double boil
setelah sebati dan kelihatan pekat, kemudian sejukkan adunan tersebut

kemudian pukul butter dengan gula sehingga kembang kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla. seterusnya masukkan tepung. kacau sehingga sebati. setelah itu masukkan bahan A. setelah adunan sebati. masukkan ke dalam bekas(loyang)

kemudian kukus adunan sehingga masak. (kebiasaannya 45 minit)

p/s: air kukusan hendaklah mendidih sebelum meletakkan adunan tersebut.

sementara nak tunggu sejuk kek tu boleh la buat topping dia plak.

TOPPING KEK COKLAT:

BAHAN-BAHAN:
1 cawan susu pekat
2 sudu sebuk koko (bergantung pada anda)
2 sudu mentega

cara-cara:

masukkan susu pekat dan serbuk koko dalam periuk pastu kacau rata. makesure kacau sebati dengan api yang perlahan. bila sebati masukkan mentega. kacau sehingga sebati. kasi sejuk dulu then boleh la tuangkan di atas kek

and lastly: 
tadaaaaaa

......
....
....
....

p/s: klau korang nak hias dengan badam ataupun chocolate rice,, itu terpulang pada korang

aduhai wanita. lain kata lain maknanya

salammmm

penat da sapu blog ni.. asyik berhabuk jer kerjanya..
padahal aku yang tak update....
hahahahha

takper2.
lupakan pasal blog empunya hamba yang berhabuk ni...
just continue with tajuk entri kali ni.
kalau korang masih ingt dulu aku pernah update satu entri yang bertajuk 
dan entri kali ni ialah sambungan kepada entri tersebut.

seperi kita tahu wanita kebanyakan nya mempunyai banyak misteri dalam diri mereka. sampaikan cara mereka bertutur pun penuh misteri.

antaranya:

.....
.....
...
...
...
...
....
...

Wanita berkata: 
awak dah makan ker belum??
niat tersirat: 
awak jom kita pergi makan, saya dah lapar!

wanita berkata: 
demi kebahagian awak, saya sanggup korbankan 
niat tersirat: 
tidak mungkin saya akan mengetepikan perasaan saya semata-mata untuk kebahagian orang lain.

wanita berkata: 
saya rasa antara kita berkawan adalah lebih baik daripada bercinta
niat tersirat: 
awak bukan pilihan saya dan buakan pilihan yang tepat buat saya. lagipun saya tak suka awak!!

wanita berkata: 
saya tak der masalah kalau awak masih berhubung dengan ex girlfrends awak
niat tersirat: 
saya langsung tak bersetuju dengan cara awak masih berhubung dengan ex girlfriends awak tu.. kalau awak nak buat jugak. saya pon akan buat sama macam awak!

wanita berkata: 
saya atau bekas kekasih awak lagi canti?
niat tersirat: 
jangan sesekali berani memuji bekas kekasih awak di depan saya

wanita berkata: 
saya ingin awak buat pengakuan jujur dengan saya..
niat tersirat:
jangan mengaku di atas perkara yang awak tahu ia akan melukakan hati saya.

wanita berkata: 
saya suka dengan cara awak dan saya rasa selesa bila bersama awak
niat tersirat:
niat tersirat: saya dah jatuh cinta dengan awak!!!!!!!!!

wanita berkata: 
saya boleh balik sendiri. tak payah susah nak hantar saya
niat tersirat: 
alangakah best nyer sekiranya awak sudi menghantar saya pulang ke rumah 

wanita berkata: 
saya rasa awak juga perlukan masa dan ruang untuk bersama teman2
niat tersirat: 
saya mungkin akan berasa jemu sekiranya terlalu kerap bertemu dan adalah baik jika kamu keluar bersama teman2 kamu

Selasa, Ogos 23, 2011

bila hati dilukai

salamm to alls
da lama tak update blog. bila bukak tadi blog ni da penuh dengan sawang dan amat berhabuk.
sekarang ni saya ni nak bersihkan blog ni dengan entri baru ni.


sekarang ni kalau korang perasan ramai sangat yang kecewa. entri ni bukan nak bercerita kisah hati aku but entry ni khas untuk semua member-member atau pun orang yang aku kenali yang patah hati.

korang pon dah tahu, allah pernah beritahu yang kita akan jumpa orang yang salah dulu sebelum jumpa orang yang betul. so bila korang ditinggalkan, maknanya korang perlu bersyukur sebab allah dah tunjukkan jalan kat korang

satu lagi korang tak yah la sedih sebab yang patut sedih ialah mereka yang tinggalkan korang tu sebab dah kehilangan korang

cheers up guys!!!!!!!!

Ahad, Julai 31, 2011

aduhai wanita. lain bicara lain maknanya

wanita atau perempuan sering dikaitkan ngan sifat pemalu.. betul tak?
so bila diorang bercakap atau bersembang atau berbual, atau dalam bahasa kelantannya iaitu berkecek, pasti ada maksud tersirat.

sebagaimana contoh

wanita: ohhh cantiknya baju tuuu...
maksud tersirat: belikanlah aku baju tu... aku nakkkkkk

wanita: takper lah, nak buat macam mana..
maksud tersirat: alaaaaa kenapa macam tu!!! tak besh laaaaa

wanita: saya okey jer
maksud tersirat: mana boleh macam tuh.. tak setuju.....

wanita: awak tak rindu saya ker?
maksud tersirat: saya rindu awakkkkkkk..

haaaa tu baru sikit nanti aku update g dalam siri ke 2 nanti yer. so makesure la lelaki-lelaki di luar sana bila dengar teman wanita anda berbicara ayat-ayat seperti di atas tu paham-pahamkan lah. hahahaha

itu hanya apa yang aku perhatikan. tetapi tak semua wanita seperti tu. ada sesetengahnya itu terlalu open minded and ada setengah tu terlalu malu untuk meluahkan apa yang dirasa

so bagi aku, tak salah untuk mengeluarkan apa yang bermain di fikirann. cuma perlulah diingat apabila kita mengeluarkan sesuatu pendapat atauppun dengan kata lain percakapan kita haruslah tidak menyinggung mana-mana individu. itu penting ok.

Khamis, Julai 28, 2011

CINTA DAN PENGORBANAN.. APA YANG DIKORBANKAN?

Cinta sering dikaitkan dengan pengorbanan, tapi sejauh mana pengorbanan itu mengajar erti cinta?
haaaa mesti tertanya-tanya kan..

cakap je lah apa saja dugaan atau cabaran yang terpaksa dirempuh, pasti pasangan bercinta baik lelaki mahupun perempuan seboleh mungkin akan cuba merungkaikan setiap masalah yang datang tu kan?


entry kali ni nak bercerita pasal pengorbanan seorang wanita atau perempuan bila mereka dah jatuh cinta, aduhai....
antaranya:

.....
....
...
....
....
...


jiwa dan raga

biasalah kebanyakan wanita yang telah mengikat tali vinta mereka akan menyerahkan seluruh jiwa raga mereka pada sang arjuna yang menjadi pilihan hati

tapi perlu diingat menyerahkan jiwa dan raga tak bermakna boleh menyerahkan segalanya.. be careful yerrrr

masa

sudah menjadi adat bila dah bercinta, masing-masing nak luangkan masa bersama. nak dating lah, koling-koling la. baru jer lepas jumpa balik tu still duk bercakap fon berjam-jam. habis cakap-cakap, duk mesej2 plak. haa tu terpulang la kat pasangan tu nak menguruskan perjalanan cinta masing-masing. tapi perlu di ingat walaupun sudah mengikat cinta, masing-masing masih terikat untuk bersosial bersama rakan pada bila2 masa yang kita ingin.

so kita harus beri ruang pada pasangan kita agar dia punya masa sendiri

rahsia hati

haa, sudah pasti bila sudah bercinta, tidak perlu lagi berahsia bersama pasangan,adalah lebih baik jika diluahkan ap yang tersimpan di hati selama ini. mungkin dengan ini hubungan tu tak punya masalah pada masa hadapan.

bila kongsi rahsia bersama pasangan adalah langkah terbaik dalam mengukuhkan ikatan cinta yang sedia terjalin.

masa depan

kita selalu dengar ada yang sanggup korbankan masa depan bila sudah angau dalam bercinta. bahkan ada yang sanggup korankan pengajian atau kerjaya semata-mata mahu memberi fokus pada pasangan masing-masing.

tapi perlu diingat pasangan kita perlulah menjadi tulang belakang pada kejayaan kita bukan untuk memusnahkan. gadis sepatutnya menjadi pasanagn rakan dan penyokong pada pasangan buakn nya boneka ataupun dengan kata lain boneka

kos

hmm kos jugak mnjadi salah satu aspek yang perlu dikorbankanbila sudah bercinta, lazimnya bila sudah keluar bersama, pasti pasangan akan merancang untuk makan-makan menonton wayang, bermain bowling dan sebagainya. haa kos menjadi perkara yang perlu dititikberatkan bila mahu keluar dating.
tu belum masuk kos bergayut di telefonkan? apatah lagi bagi yang bercinta jarak jauh


DI TAG OLEH TEEHAH BUDAK KIUP

ASSALAMUALAIKUM DAN HYE...

entry kali ni nak cerita yang saya telah di tag oleh seorang member yang kiup. nak ke kenal member saya yang kiup ni... nama dia nur fatihah. haahhhhh apa lagi, tak nak cerita banyak2, takut tersalah information lak.. tak pasal2 nanti masuk court.. hahahahha. thanks yer teehah.

dalam entry tu ada beberapa soklan yang kena jawab...

antaranya....

1) korang rasa korang hot ker?

hahahaha.... of course la semua orang hot lagi-lagi masa hari tengah panas. lau time sejuk da tak kata hot da. dia panggil cold plak. huhuhuhu

2) upload walpaper yang korang guna sekarang

3) cerita pasal gambar

aku buat gambar ni jadi wallpaper kat my phone and my lappy sebab gambar ni diambil masa hari first aku nak masuk kolej aritu. konon2 nak buat hilang rindu sebelum tidur. huhuhu. ni sebenarnya adik bongsu aku. nama dia mohd nashriq

4) kali terakhir makan pizza

kali terakhir makan pizza kalau tak salah masa keluar jalan-jalan wif my beloved family. masa tu nak pergi beli barang keperluan dapur dan diri. huhuhu

5) last song korang dengar.

last song saya dengar buat masa ni ialah lagu DIMANA-DIMANA nyanyian 3 wanita yang hebat iaitu Ning Baizura, Jaclyn Victor, dan Shila

6) korang buat apa masa tengah tag ni

dengar lagu kegemaran

7)nama panggilan selain nama penuh

suha, ichaa, mek su, mekna, nasuha, yaa, along.
haaa banyak kan??

8) siapa korang nak tag 5 orang


9)orang no 1 tu saper?

orang no satu tu ialah my beloved cousin merangkap my friends. heheheh syang dia sanat sanat

10)luahkan sesuatu pada no 5

rindu nak duduk satu rumah ngan faten lagi. muah3

11) no 3 ada hubungan ngan saper

elia tu dah jadi tunangan orang dah.... tunang dia tu penjaga gol malaysia, khairul fahmi che mat

12) kata-kata cinta buat no 4

i love u so much dear wanny.....

13) fakta tentang orang yang aku tag

member, kawan, sahabat, dan member bloggers



ABISH DA!!!

Selasa, Julai 19, 2011

kesilapan grooming lelaki

hiii

hari ni nak cerita pasal grooming dan lelaki. Grooming atau kata nama lain iaitu berdandan pon familiar dikalangan kaum lelaki. kadang-kadang- tanpa sedar ada ketikanya gaya yang dikenakan oleh mereka ketika keluar bersama pasangan mahupun teman-teman seakan tidak kena gaya. ada sahaja yang kurang. entry kali ni nak cerita sikit antara kesilapan gaya yang sering dilakukan oleh lelaki

check it out guys:

  • memakai lebih dua atau tiga wangian sekali gus.
  •  tidak memakai pelembab muka
  •  kuku kotor dan panjang
  • dry shaving
  • kaca mata pada waktu malam?????? 
  • bulu hidung!!!!!
  • skiny oh skiny
haaa, korang da check belum list kat atas tu? haaa ada tak perkara yang tertulis diatas tu anda telah lakukan? haaa kalau ada nanti jangan buat lagi yer. selamat mencuba

lima cara pikat hati lelaki

ramai gadis pada masa sekarang yang menganggap penampilan fizikal seperti cantik dan seksi adalah senjata utama untuk memikat lelaki pilihan hati mereka, agar sentiasa berada dibawah telunjuk mereka.
namun jika diamati kecantikan tidak memberi apa-apa makna besar dalam memastikan hubungan mereka tu berkekalan selamanya. yelah semua yang muda pastinya tua kan. dan kecantikan tu kan subjektif dan dalam sekelip mata sahaja kita boleh hilang semua tu. so skill yang paling berkesan untuk memikat hati mereka yang bernama lelaki ini ialah:
toink..toink...toink..

TERIMA LELAKI SEADANYA:
kita perlu tahu bahawa lelaki bukanlah individu yang sempurna dalam pelbagai aspek. begitu juga dengan kaum wanita. ada terselit kelemahan tersendiri disebalik kekuasaan mereka sebagai lelaki. tidak perlu berkecil hati atau merungut seandainya ada perkara yang tak dapat ditunaikan oleh mereka, tetapi belajar lah menerima mereka seadanya dengan seikhlas hati.

GADIS PERLU HARGAI LELAKI:
mungkin akan ad perangai si dia yang kamu tidak sukai,tetapi cubalah fahami perangai kekasih korang tu. tapi jangan pula terlalu stress bila berhadapan dengan perangai dia yang tidak korang suka tu. percaya jika cinta atas dasar suka sama suka kamu matang dalam mengendalikan perhubungan cinta tu.

GIVE AND TAKE, KATA LELAKI:
dalam apa saja yang melibatkan soal hati dan perasaan apa yang penting ialah sanggup memberi lebih banyak dari menerima daripada lelaki. bukan mahu memanjakan kaum mereka atau menjadi hamba cinta mereka tetapi apa salahnya jika sesekali cuba menghargai mereka.

LELAKI DAN KEJUJURAN:
Jika kita tidak boleh mempercayai pasangan kita, jangan sesekali mengharapkan mereka akan mempercayai kita, memamng dalam sebuah perhubungan, kejujuran adalah paling penting,. percayalah lelaki akan setia apabila dia telah menyayangi pasangan nya 100%. jadi tidak perlu gusar setiap kali mereka keluar bersama teman-teman.

HORMATILAH LELAKI:
Lelaki pada dasarnya menghormati wanita sebagai insan yang lemah, dan perlu dilindungi. apatah lagi ketika sedang bercinta, hormat dan sayang lelaki pada wanita tentunya semakin menebal. jadi kamu juga perlu lakukan perkara yang sama, hormati lelaki sebagai individu yang bertindak melindungi kamu dan menjadi tempatmu bergantung.

cantik menawan persis bintang hollywood

hahhhh korang mesti nak cantik menawan persis bintang hollywood kan. so jom lihat rutin kecantikan mereka:

paris hilton- jangan lupa untuk mencuci muka sebelum tidur. bagi yang tidak suka mencuci muka selepas seharian melakukan aktiviti ini boleh menyebabkan kulit mengeluarkan peluh dan minyak sehinggakan kulit wajah kamu bermasalah. selepas mencuci muka sapukan krim pelembab agar agar kulit wajah nampak lebih segar

cameron diaz- minum banyak air putih dan makan lebih banyak sayuran adalah resepi terbaik untuk memiliki kulit yang sihat. selain itu selalulah bersenam agar tubuh sentiasa cergas dan banyakkan ketawa, kerana ketawa juga salah satu rahsia untuk awet muda

beyonce- melakukan sit up selama 10 minit. kemudian memberi perhatian terhadap pola makanan. banyakkan makan bijirin kerana ianya akan membantu untuk kenyang lebih lama.

jessica simpson-memanjakan diri dengan mencuba pelbagai jenis makanan. kepuasan itu buat saya gembira. namun untuk memastikan tubuh badan tampil langsing saya sentiasa meluangkan masa untuk berjogging.

Isnin, Julai 18, 2011

CERITA HAMKA

 KALAU ORANG BUAT BAIK DIBALAS BAIK, ITU BIASA
KALAU ORANG BUAT JAHAT DIBALAS JAHAT ITUPUN BIASA,
TAPI JIKA ORANG BUAT JAHAT TETAPI DIBALAS BAIK ITULAH LUAR BIASA

Saya mendapat pepatah ini setelah mendengar sebuah cerita dari salah seorang penceramah kem kepimpinan yang telah saya sertai. hari ni saya rasa nak berkongsi dengan riders semua apa yang telah diceritakan olehnya pada kami. setelah mendengar cerita ni terdetik dalam hati saya nak menjadi seorang yang begitu...

kita semua kenal tokoh ulama yang berasal dari indonesia ini yang bernama HAMKA atau nama penuh beliau Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. pada zaman beliau giat menjadi penceramah bebas di indonesia.. ramai yang suka mengikuti ceramah beliau, sehingga mencecah puluh-puluhan ribu menjadikan beliau seorang ulama yang hebat. 

disebabkan pengaruh beliau terlalu besar, dan dibimbangi oleh kerajaan indonesia pada masa itu tergugat, presiden indonesia mengarahkan supaya ulama HAMKA dipenjarakan. bukan setahun bukan dua tahun. tapi bertahun-tahun lamanya.  beliau dipenjara tanpa disoal siasat.

setelah bertahun- tahun dipenjara, pengaruh ulama Hamka semakin hari semakin berkurang. dan setelah itu presiden indonesia pada masa itu mengutuskan supaya membebaskan ulama Hamka. setelah ulama Hamka dibebaskan, beliau telah nekad  untuk memperjuangkan agama dengan ceramah seperti sediakala.

pada suatu hari ketika Ulama Hamka sedang berceramah di hadapan puluhan ribu rakyat indomesia, beliau terdengar jeritan salah seorang daripada mereka yang mengatakan presiden indonesia telah pun meninggal dunia.

Ulama Hamka yang mendengar tentang berita itu terus meminta maaf kepada semua pendengar ceramahnya itu, kerana terpaksa menghentikan ceramah itu serta-merta untuk menziarahi jenazah presiden indonesia tersebut.

setelah itu beliau turun dari pentas dah meredah lautan manusia. apabila sampai disana sekali lagi beliau meredah lautan manusia. apbila beliau sampai betul-betul dihadapan jenazah presiden indonesia tersebut, beliau mengangkat takbir dan menyembahyangkan jenazah tersebut.

setelah selesai menyembahyangkan jenazah tersebut dia melihat semua rakyat indonesia melihatnya dengan begitu aneh sekali, beberapa orang daripada mereka terduduk. dan salah seorang daripada mereka bertanya kepada Ulama Hamka. 'mengapakah kamu menyembahyangkan jenazah orang yang selama ini telah berbuat jahat kepadamu, orang yang telah  menyeksa mu wahai ulama Hamka? 

Ulama Hamka berkata orang yang berbuat baik dibalas baik itu biasa, orang yang berbuat jahat dibalas jahat itupun biasa tapi bila orang berbuat jahat tapi dibalas baik itulah luar biasa....

semua orang pada masa tu terdiam kerana terpegun oleh sikap BUDIMAN yang ada pada diri Ulama Hamka tersebut...

bila sahabat kembali

assalamualaikum riders

dah lama dah tak mengupdate2 cerita-cerita yang bermain di kepala otak saya ni.. dah berhabuk da pun blog saya ni, hihihihi...sekarang ni agak susah sikit nak mengupadate disebabkan masalah yang banyak sangat melanda.... wahh mengalahkan perdana menteri plak aku ni. hahahahha... by the way tinggalkan masalah saya tu...

 first of all, hari ni nak cerita pasai sahabat-sahabat yang amat saya sayangi. dalam dunia saya ada sahabat yang paling saya sayang. dia selalu ada ngan saya tak kira susah atau senang. dari kecik, masa hingus tak kering sampai la sekarang da pandai pakai make-up sendiri dia still ngan saya. semua cerita saya dia tahu.. and saya selalu bagitahu dia crita saya pada dia.


tapi hari ni saya tak nak cerita pasal dia. saya nak cerita pasal sahabat satu tempat belajar, satu kelab dan persatuan dan teman satu rumah saya. tapi tu masa sem lepas. sem ni kitaorang dah tinggal lain-lain rumah.

masa kitaornag duduk satu rumah dulu kitaornag memang rapat. bak kata ornag makan satu pinggan, tidur satu bantal. pastu kalau masing-masing balik cuti rasa rindu pulak kat diorang.

tak lama selepas tu kitaorng ada masalah sikit. tak tau apa punca  kitaorng renggang. mungkin dia ada terasa hati ngan saya.. pastu saya pulak tak mintak maaf ngan dia. bila lama dibiarkan macam tu. renggang la kami. tapi agak kekok bila kitaorng pergi latihan tarian sama-sama. kalau dulu banyak jer cerita yang dibualkan.. potpet2. sekarang ni macam sunyi jer. tak tau nak cakap apa.

lama jugak perkara tu berlanjutan. bila da bukak sem baru ni kelab kami ada anjurkan satu kem kepimpinan dan saya diminta untuk turut serta oleh presiden kelab kami. pastu bila kat sana suasana seperti biasa sehinggalah bila ada satu sesi yang dianjurkan oleh fasilitator kami. sesi tu dinamakan sesi menghargai sahabat.

masa sesi tu berlangsung  lagu sahabat sejati dimainkan dan peserta diminta untuk memeluk sahabat anda dan meminta maaf. masa turn saya sampai untuk peluk diorang tiba-tiba jer air mata saya senang nak keluar and diorang minta maaf ngan saya. diorang cakap dulu ada terasa  hati ngan saya masa tinggal satu rumah dulu dan saya pun buat perkara sama.  masa tu agak sedih la suasananya.

lepas sesi tu kitaorang rasa macam kembali selesa bila berbual dan rasa macam akan kembali seperti sediakala. hurm kalau la kitaorang minta maaf dari duu takder la sampai jadi renggang macam ni. mungkin ego masing-masing tinggi.

so nak cakap tak rugi kalau kita mintak maaf ngan orang tu walau bukan salah kita.tapi biasalah manusia benda yang baik macam ni susah sangat nak buat. tak rugi pun kita saling bermaafan dikalangan manusia. masa balik kem tu saya dapat satu pengajaran and saya hari ni saya maafkan semua kesalahan saper2 yang telah sakiti hati saya dan saya juga ingin meminta maaf pada saper2 yang terasa hati ngan saya. maafkan saya

Ahad, Jun 05, 2011

gelang ku putus

sedihhhhhhhh sanat-sanat when my gelang da putus.
gelang tu tanda persahabatan aku with my bff. 
masa tu i ngan member i pergi jengjalan kat kuala krai n then i pon beli gelang ni. gelang ni ad 3 jenis dan warna yang sama.

last 2 month my friends siti yang putus gelang ni. pastu member i yang satu lagi anis plak hilang and then hari ni i plak yang putus gelang ni.
Pastu yang lagi sedih tu bila i nak sambung balik, tali dia tu tiba2 jadi macam tak cukup panjang. ish...ish...ishh...


tapi apa maknanya ek?
adakah friendship ni nak berakhir?
OMG......
ini tidak bleh terjadi....
macam mana ni?
nak kena baiki balik ni.

my friends.. sabar..sabar...

ke kedah

last two weeks i bersama family i pergi ke kedah. niat utama nya untuk menghantar adik kesayangan belajar di kolej matrikulasi kedah yang terletak kat changlun. first2 je sampai kitaorng menginap di homestay di kawasan berdekatan lebih kurang 1 km dari kolej tersebut.

pada keesokan paginya kitaorng bertolak pergi ke kolej tersebut.
perasaan pertama yang menerjah ke dalam jiwa dan sanubari (cewaaaahhh) ni ialah

"mak ai ramai nyer orang... lambat lagi la nak bleh balik tidor ni." kwang3.

tapi memang sirius ramai gila orang. kitaorng sampai paigi pun dapat no 800 lebih bayangkan orang yang datang lewat.

kesian.. kesian...

tapi takper la kan sebab hal tu pun dah selesai so forget it la kan.

tapi banyak jugak la karenah yang dapat disaksikan sementara menunggu

antaranya:














Isnin, Mei 30, 2011

10 impian yang belum dikecapi lagi

memandang kan saya ni pun manusia biasa dan bukan alien yang datang dari mana-mana planet, so saya pun ad la beberapa impian yang belum lagi terlaksana. haaaaa. impian saya ni macam-macam tau. sebab bumi ni selalu berputar, berpusing  usia pula makin lanjut takut jugak la impian tak kesampaian. huhuhhuu. 

10 IMPIAN YANG BELUM DIKECAPI:

1. saya nak pergi vacation with my friends. tapi bukan lam negara but luar negara. kalau dapat pergi paris ker itali ker japan ker. wahhhh besnyer. yerla. nanti kalau dah kawen dapat ker jengjalan ngan member macam tu? mana nak jaga laki lagi anak lagi. kan??? tak gitu?


2. saya nak bawak helikopter ker jet ker....wahhh alangakah gembiranya kalau dapat bawak benda alah tu.
hahahahah (berangan kan ko ichaa..) padahal lesen kereta pon tak dapat lagi ni nak bawak nyer benda terbang tu. kwang3

3. then impian saya yang seterusnya saya nak kawin. hahahahha. semua wanita kat dunia pun nak kawin kan. saper yang tak nak kawin. huhuhu tapi saya mengimpikan seorang suami yang beriman penyayang jujur ikhlas dan bertanggungjawab. wahhhhh tinggi harapan. harap-harap saya dipertemukan jodoh dengan seorang suami yang solehah. hik3 (tiba-tiba blushing muka ni)

4. next saya nak ada kereta yang berjenama like ferrari. makesure warna merah. tak pun warna putih.. wahhhh meletop mak. hahhaha

5. next kalau boleh saya nak hantar my family pergi mekah menunaikan haji. nak pergi buat haji ngna my family sama-sama. insyaallah...

6. saya nak bukak perniagaan sendiri. nak jadi usahawan yang berjaya. nak tolong family. nak hidup sebagai insan yang berjaya.

7. nak memake surekan lam akaun saya ada 15k sebelum saya kawen. hahahahha

8. nak rasa semua extreme sport. macam menarik kan?

9. nak ada rumah sendiri.. tanah sendiri.. bangunan sendri. negeri sendiri.... hahahah melampau!

10. nak jadi seorang yang pandai masak semua jenis lauk like my mom. tabik spring la kat my mom sebab tau semua jenis lauk. cakap jer nak makan apa mesti dia buatkan kat my family ni seronokkan. so nka la jadi macam my mom.

thats all my list. wahhhh susah ker nak kecapi benda alah tuh? hahahaha

macam orang kata dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
 so good luck for me

punca dan tanda-tanda kanser payudara

KETULAN pada payu dara memang kerap berlaku. Setiap wanita yang mempunyai ketulan dalam payu daranya tidak sepatutnya membiarkannya tanpa mendapat nasihat, pemeriksaan dan ujian daripada doktor. Langkah ini penting kerana ketulan itu mungkin barah, walaupun kebanyakan ketulan dalam payu dara bukan daripada jenis barah. Kadar barah payu dara di negara barat seperti Amerika Syarikat adalah satu dalam 10 orang wanita. Di Malaysia kadar barah payu dara juga meningkat mencapai kadar negara maju.

Tanda-tanda barah payu dara adalah seperti berikut:

1. Ketulan dalam payu dara. Tanda ini adalah yang paling lazim didapati di kalangan wanita berpenyakit barah payu dara. Ketulan itu tidak menimbulkan kesakitan dan biasanya disedari secara tidak sengaja seperti semasa mandi ataupun semasa pemeriksaan sendiri payu dara.

Kadang-kadang ketulan disedari oleh orang lain seperti suami atau doktor yang memeriksa payu dara. Lazimnya ketulan terdapat pada bahagian atas dan luar payu dara (upper outer quadrant). Barah juga berlaku pada bahagian tengah, atau atas dan dalam payu dara tetapi pada kadar yang rendah.

2. Terdapat ketulan kelenjar yang membesar di bahagian ketiak.

3. Terdapat cairan seperti darah atau nanah yang keluar daripada puting payu dara.

4. Terdapat perubahan pada kulit payu dara. Perubahan yang perlu diperhatikan ialah kulit menyerupai kulit limau oren (peau d'orange) yang berlubang kecil. Keadaan ini menandakan bahawa barah telah merebak dan berkemungkinan besar saluran limfa telah tersumbat olehnya. Perubahan bentuk payu dara juga boleh menandakan terdapat barah padanya.

Semua wanita digalakkan untuk mengenali bentuk dan saiz payu daranya supaya perubahan yang berlaku dapat dikesan dengan cepat. Jika terdapat perubahan pada payu dara seperti yang telah disebutkan, wanita dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya bagi membuktikan jenis ketulan yang ada dan mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat barah payu dara?

1. Wanita mempunyai risiko 100 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki. Risiko ini menjadi lebih tinggi pada era sebelum putus haid. Orang lelaki juga boleh mendapat penyakit barah payu dara.

2. Sejarah keluarga - Risiko barah payu dara bagi seseorang wanita berganda dua tiga kali jika terdapat sejarah penyakit payu dara pada keluarga terdekat (first degree

relatives) seperti ibu, kakak, adik atau emak saudara.

3. Sejarah barah - apabila seseorang wanita telah menghidap barah payu dara, risiko untuknya berulang lagi meninggi empat kali ganda. Ada kajian yang menyatakan bahawa ketulan atau penyakit payu dara yang bukan daripada jenis barah juga boleh meninggikan risiko untuk barah payu dara.

Kajian juga menunjukkan bahawa risiko untuk barah payu dara juga meninggi jika terdapat sejarah barah ovari, melanomas (barah kulit), usus dan rahim.

4. Sejarah haid dan pembiakan - wanita yang mempunyai masa yang lama dalam era reproduktif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah payu dara. Ini bermakna wanita itu didatangi haid yang pertama pada umur yang agak awal (9 tahun) dan mencapai alam putus haid pada umur yang agak lewat (55 tahun ke atas). Melahirkan anak merendahkan risiko barah ini terutamanya jika kelahiran anak yang pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun.

5. Pemakanan-pengambilan lemak secara berlebihan meninggikan risiko barah ini. Oleh itu wanita digalakkan untuk mengambil banyak sayur-sayuran dan mengurangkan kadar pengambilan lemak dalam makanan.

6. Pengambilan hormon - kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang sudah putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT- hormone replacement therapy) didapati mempunyai risiko barah payu dara yang lebih tinggi. Risiko ini meninggi hanya setelah lima tahun penggunaan hormon secara berterusan.

7. Obesiti - wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah ini.

Berat badan unggul seseorang bergantung kepada ketinggian dan juga rangka badannya. Untuk mengetahui berat badan unggul, seseorang perlulah mengetahui Body mass index (BMI)nya. Formula untuk mengira BMI adalah seperti berikut:

Berat badan (kg) bahagi dengan tinggi (metres) kuasa dua. Julat BMI yang normal untuk wanita ialah 20-24. Sebelum puan mengambil langkah-langkah untuk menguruskan berat badan, puan perlu mengira BMI puan. Jika BMI berada dalam lingkungan yang normal, puan tidak perlu mengurangi berat puan.

Langkah untuk menguruskan badan memerlukan nasihat doktor supaya langkah yang diambil tidak membahayakan kesihatan tubuh badan secara am. Cara yang paling baik untuk mengurangkan berat badan ialah memastikan tenaga yang diperoleh melalui makanan adalah seimbang dengan penggunaannya.

Jika terdapat berlebihan input, penggunaan tenaga perlulah ditingkatkan seperti senaman untuk membakar lemak lebihan atau pemakanan dikawal supaya tiada lebihan tenaga disimpan sebagai lemak.

rujukan:

Isnin, Mei 23, 2011

DEAR HAFFIZ: Thousand Followers Bloglist!




Tak mau membebel banyak2. sebab dah pagi dah pon. i pon da nak tidor tapi tak bleh tidor sebab terjumpa contest from HAFFIZ ni . hehehhe ni second contest yang i nak join. aser macam minat nak bercontest2 plak sekarang ni. kwang..kwang..kwang...

actually sajer jer mencuba nasib. harap2 dapat la menang. huhuhuhu

ok bagi kategori blog pilihan pulak ichaa pilih:
blog wanita pilihan

huhuhuhuh ala2 wanita gtu.

ok mari semak semua syarat dah dipenuhi or belum:

Buat post entry tajuk - Dear Haffiz : Thousand Followers Bloglist!
(dah)
Letak header blog Dear Haffiz di atas . Copy and paste sahaja.
(dah)
Tulis dan pilih kategori blog anda . Tiada syarat  tetap untuk setiap kategori 
(dah)
Follow danTinggalkan url post entry anda di ruang comment post ini. 
(dah)


ok its done!!!
time to sleep
good night

p/s: nak tau lebih lanjut sila klik SINI. anda pon bleh join.

10 wanita tercantik dunia

hari ni jom layan gambar 10 wanita tercantik dunia dan wanita yang sering diimpikan oleh setiap lelaki:

Keira Knightley 
     
AngelinaJolie

hilary duff

Cheryl Cole

Scarlet Johanson 

ElishaCuthbert  

Hayden Panettiere

JessicaAlba

 KeelyHazell

Megan Fox 
 
itu adalah senarai 10 wanita yang tercantik di dunia apabila disearch di internet
tapi bagi saya kecantikan seseorang wanita tu 
terletak pada budi bahasa tingkah laku dan percakapan itu sendiri
so semua wanita kat luar tu tak payah la nak mengejar kecantikan semata-mata.
cantik budi bahasa cantik perwatakan cantik la diri anda
bersyukur pada apa yang diberi oleh maha esa.
 
tak payah risau-risau k 
anda semua wanita yang cantik! 

aishiteru (menunggu)

lagu ni dah lama sebenarnya tapi tiba-tiba bila dengar lagu ni kat blog salah sorang blogger tu tiba-tiba rasa nak layan lagu ni malam ni. letak lam blog ni sebab nak kongsi ngan korang sekali. selamat mendengar.



Lirik lagu Zifhilia Aishiteru:

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

kembali ke *)

p/s: lagu ni ditujukan khas buat incik laling saya

semoga bahagia elia dan fahmi

actually selalu jugak follow kisah diorang dalam blog elia si jejariruncing ni,
korang tau sebab apa?
sebab diorang ni sweet sangat. and diorang tak der nyer nak sorok2 kisah diorang
semua diorang kongsi, bkan macam sesetengah orang tu konon-konon nak jaga populariti,, konon-konon takut tak diminati lagi...
rasanya tak patut kot semua tu berlaku.
kalau dah ada pape cerita je la. tak payah la nak sorok-sorok.
lama kelamaan pun orang akan tahu jugak kan?
berbeza ngan pasangan ni.
paper pon suka la tengok diorang.
kadang-kadang sampai tersengih sorang2.
macam kisah aku pulak. cewahh berangan kau yer.
hehehheh.

tapi paper pon nak ucap tahniah kat member satu kampus and satu fakulti cuma lain kelas je tu sebab da selamat ditunangkan dengan khairul fahmi che mat a.k.a dia punya incik apex ops sekarang da tukar incik tunang. heheheh

hope bahagia sampai ke akhir hayat... aminnnn
korang tengok diorang kat blog ni
sweet sgt tau. i like


p/s: lau kak ya baca entry ni halalkan gambar ni yer. saya donlod lam google. paper pon moga bahagia selalu.

Rabu, Mei 18, 2011

CONTEST FRIENDS FOREVER

HI UOLSSS
Hari ni mood i nak berentry-entry ni kurang sikit
sebab takder idea sebenarnya..
pastu sebab dah boring i pon jengjalan la cari blog2 yang menarik.

pastu i jumpa satu blog ni kepunyaan en. Shafmechy ni.
 pastu kebetulan pulak yang dia ni tengah anjurkan satu contest yang dinamakan

Korang pon boleh jugak kalau nak join contest ni. ajak member-member blogger yang lain sekali.
hadiah yang ditawarkan pon menarik sebab ianya ditaja oleh 
and kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut lagi tentang terma dan syarat-syarat contest ni silalah klik banner dibawah ataupun klik SINI


Dekat blog encik Shafmechy ni pon ada ditunjukkan contoh entry untuk contest ni. so korang tak payah nak susah-susah nak pikir. tengok jela contoh tu yer.

actually contest ni buat i teringat kat my BFF pula. disebabkan cuti semester dah bermula so jarang la kitaorang meluangkan masa bersama. biasa la musim cuti ni nak la pula menghabiskan masa dengan keluarga kan. heheh.

baiklah sekarang nak tunjuk gambar my BFF. untuk contest ni i nak pertaruhkan gambar ni.
jeng..jeng..jeng..
haaa.. tu baru music. heheheh. music mesti mau gempak kan.
mempersembahkan:


gambar ni diambil semasa dinner dekat tempat kami belajar sekarang. tema yang kitaorng buat sendiri blue colour. sebab tu semua colour biru.
haa mungkin korang tengok gambar ni biasa saja kan. tapi bagi kitaorg gambar ni la yang membuatkan kitaorang saling merindu. haaa
sebelah kiri tu nama dia SITI dan sebelah kanan tu nama dia  NUR ANIS. Dan yang kat tengah tu la saya. haaa semua manis-manis kan. cewahhh berangan kau yer ichaa. takper2 kitaorang ni semua otak gila-gila
gambar yang second tu time kitaorang menggila di petang hari sambil release tension sebab da nak dekat final exam.


apa yang buat i nak sayang sangat kat diorang ni sebab diorang ni satu kepala ngan i. actually semuanya ada watak masing-masing. yang si SITI ni, dia seorang yang baik hati. tapi dia punya suara mak ai bukan main kuat lagi. so kalau dia takder memang sunyi la kitaorang ni. sayang la kat ko SITI.

si ANIS  ni pula dia ni seorang yang agak pendiam, tapi kalau dia dah mula gelak memang susah la nak suruh dia berhenti.
diorang ni memang pelik, tapi sebab diorang pelik la i sayang diorang.
satu lagi. kiatorang dah kawan lama dah.
dari umur kitaorang 7 tahun dan sampai sekarang umur kitaorng dah cecah 20 tahun.
susah senang semua kitaorang pernah rasa sama-sama.
sebab semua tu la kitaorng boleh jadi serapat ni. semua masalah kitaorang akan kongsi bersama. 
dan i harap friendship ni takkan pernah berakhir sampai bila.
i nak diorang tahu betapa penting nya diorang dalam hidup i ni selepas ibubapa i.

LOVE U FRIENDS FOREVER AND EVER!!!

SAYA NAK TAG:

Untuk menghargai kawan-kawan mereka.

untuk hadiah pula ichaa suka dengan baju ni:


teringin sangat nak pakai baju ni.
harap-harap ichaa ad rezeki nak memiliki baju ni

k tak mau la tulis banyak-banyak. padahal dah banyak dah pon.
n gud luck pada saper yang nak join contest ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...